Friday, November 6, 2009

Kadang-kadang bila merindu..hati menjadi terlalu sebak...






What challenges me most will be the fact that my other half is in KL. Before I get married, I have taught myself to be independent and I am so convinced I can do whatever I want. I feel I can choose wherever I want to go...Nobody has a say except for my parents. Yet, having a husband has changed my life so much especially in handling my emotions and adjusting my thinking. Every single second of my life, I think of my husband. Where did this feeling come from? I hardly knew my husband before we get married. We started as friends in 2006, but it was just a small meeting at KL Sentral and we drifted apart. Then we started to become friends in Dec 2008, we met in Jan 2009 and we were married in Mac 2009. In fact, last week I told my husband, when I agreed to marry him in Jan 2009, I was not in love with him. Nevertheless, I was and am very ready to become a wife. We got married and slowly I learn what love is all about. For the first time, I discover that love is not easy to handle. It is not about holding hands only, it is not about sending sms only, it is not about listening to sweet words only...Love is about being there during happy and sad moments. Love is about sacrificing, love is about having the feeling in your heart, in your blood, in your adrenalin. Love is about you getting ready to face all obstacles with your partner. Love is about feeling good to see him next to you in bed, next to you in the car, next to you when you eat and in front of you when you pray together. Love is about fighting and yet laughing at our stupid words during all those fighting moments. Yes, I miss my partner in crime. The feeling is so strong, which put me in a very sad situation especially during the first few months of our marriage. I cried so many times when I miss him, as if I was such a stupid child who lost her kitten. I hardly cry nowadays but the hurt is so deep especially during moments when I need him most, by my side.

To my dear husband, Abd Rahman Roseley...isteri ini sangat bersyukur dianugerahkan suami yang sabar dan pengasih seperti abg...Mohon maaf di atas kedaifan diri isteri ini. Terima kasih kerana banyak memberikan motivasi dan kata-kata semangat untuk ayg teruskan niat untuk sambung belajar. Ayg hargai kesabaran abg ketika ayg stress dan hampir give up.

Sesungguhnya Allah saja tahu betapa banyak cabaran telah kita tempuhi dalam masa 7 bulan ini...berdoalah agar kita terus diberikan kekuatan untuk terus tabah dan cekal serta dipenuhi dengan Mawaddah untuk 7 tahun yang akan datang...untuk 17 tahun, 27 tahun, 37 tahun bersama...hingga akhir hayat...

Tuesday, October 13, 2009

It has been ages since I last wrote






I have one big reason why I was not able to write and focus on my blog. I made a promise to myself. JANGAN GATAL2 NAK MENULIS DALAM BLOG KALAU PROPOSAL PHD TAK SIAP LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! heheheh akhirnya today, at 4am, I am done! 10 pages of something from my heart on what is my intention for my PHD...Punyalah kuat jiwa ni nak celebrate, nak je jerit2 pagi tadi...Mujur mama buat mee goreng sedap...Suami pula p memancing, if not, nak je ke KL buat surprise utk suami hahahha Life goes on:

1. Petang ni makan kuih di umah Anita...cucuq badak, cucuq carrot, keropok lekor, meehoon goreng..yummy....dijemput Airin, Pijoh, Raha, Me and Anita of course.....

2. Esok pagi 8am, ceramah di Sek Men Cenderawasih...ramai...285org...Motivasi for SPM std.. Takpa, buat depa gelak2 je....

3. Khamis pagi gerak ke Setiu, ada Ceramah JPK utk UMK di sana on Fri 8am, then nak ajak mama singgah umah Kak long di Trengganu...lepak2 jap...balik Kuantan...best drive dgn mama, ada je dia naks embang, tahan mata betul mama...

4. Jum mlm rasanya suami balik....mmmm best....

5. Sabtu tengahari ada kenduri, anak Unti Zizah di Sg Isap. Unti Zizah banyak sponsor utk my kenduri...kek cantik tu pun dia dan anak dia buat...pulut kuning masa khatam Quran pun dia yg buat...so ajak hubby p kenduri nanti...p dgn mama

6. Raha buat open house Sabtu..yeeehaaaa

6. Ahad nak ajak hubby p Segamat. My maid - Tri nak jumpa sanak sedara dia. Daripada dia naik bas dan hilang, might as well p jalan2. Bawa mama p sekali. Lepak2, by noon balik Kuantan, malam balik KL.

7. Isn dan Sel di KL, nak ke UPM or UM or UKM...hati nak p lib...entah lah....entah2 tdo kat umah suami, tgk astro hahhaha...lepak tgk CD...jgn lupa marking assignment budak2

8. Rab-Kham..ada kursus NLP di UIA Nilai, dating dgn Han...tdo di Hotel Nilai kot....Khamis malam kena balik sbb kelas Jum 8am....

9. Jum kelassssssssssssssssssss jeeeeeeeeeeeeeeeee

10. 24 Okt ke KL again....mama, dik di, wan, Cikgu Ani (kawan mama) nak p konvo di UITM. Depa kata nak tgk teater di IB...If tak tgk teater pun, p jalan2 la.....

11. Balik Ktn 25 okt kot..harijadi abah tu....

12. 26 Okt kena update markah

13. 27 Okt Nazirah datang, bawa p HTAA, mata dia tu..buat contact lenses...ingat nak belanja dia gunting dan stim rambut...hadiah harijadi anak....

Letih kan? What the heck....life is fun............kerja jgn tak kerja..........enjoy jgn tak enjoy....if ada suami....enjoy jadi double la hahahha sendiri mau tau aaaaaaaaaaa



Tuesday, September 29, 2009

The Qualities of Skillful Leadership by Jim Rohn

The Qualities of Skillful Leadership
by Jim Rohn

If you want to be a leader who attracts quality people, the key is to
becoming a person of quality yourself. Leadership is the ability to
attract someone to the gifts, skills, and opportunities you offer as an
owner, as a manager and as a parent. I call leadership the great
challenge of life.

What's important in leadership is refining your skills. All great leaders
keep working on themselves until they become effective. Here are
some specifics:

1) Learn to be strong but not rude. It is an extra step you must
take to become a powerful, capable leader with a wide range of reach.
Some people mistake rudeness for strength. It's not even a good
substitute.

2) Learn to be kind but not weak. We must not mistake kindness
for weakness. Kindness isn't weak. Kindness is a certain type of
strength. We must be kind enough to tell somebody the truth. We
must be kind enough and considerate enough to lay it on the line. We
must be kind enough to tell it like it is and not deal in delusion.

3) Learn to be bold but not a bully. It takes boldness to win the
day. To build your influence, you've got to walk in front of your group.
You've got to be willing to take the first arrow, tackle the first problem,
discover the first sign of trouble.

4) You've got to learn to be humble, but not timid. You can't get
to the high life by being timid. Some people mistake timidity for
humility. Humility is almost a God-like word. A sense of
awe, a sense of wonder, an awareness of the human soul and
spirit...an understanding that there is something unique about the
human drama versus the rest of life. Humility is a grasp of the
distance between us and the stars, yet having the feeling that we're
part of the stars. So humility is a virtue; but timidity is a disease.
Timidity is an affliction. It can be cured, but it is a problem.

5) Be proud but not arrogant. It takes pride to win the day. It takes
pride to build your ambition. It takes pride in community. It takes
pride in cause, in accomplishment. But the key to becoming a good
leader is being proud without being arrogant. In fact I believe the
worst kind of arrogance is arrogance from ignorance. It's when you
don't know that you don't know. That kind of arrogance is intolerable.
If someone is smart and arrogant, we can tolerate that. But if
someone is ignorant and arrogant, that's just too much to take.

6) Develop humor without folly. That's important for a leader. In
leadership, we learn that it's okay to be witty, but not silly.

Thursday, September 10, 2009

Ketahui lah.... Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Uniknya kejadian buah kurma

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar

sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Thursday, September 3, 2009

Solat Subuh di Masjid...Renungan,,,,

Solat Subuh di Masjid


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke
rumah. Di rumah,

dia berganti baju, berwudhu dan LAGI,

berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid ,
dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,

berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid ,
dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab

"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang

membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.

lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,

lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (syaitan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,

membersihkan badan dan kembali ke masjid ,

Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan

bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,

kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu,
Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya RISAU jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,

jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat

dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


Wednesday, September 2, 2009

ACAR MAMA - DIJUAL DENGAN HARGA RM12 SEBEKAS